MetroHarian: Enjin Carian Semak Gambar Eksploitasi

MetroHarian: Enjin Carian Semak Gambar Eksploitasi

Enjin carian semak gambar eksploitasi

Fong berkata, masalah eksploitasi gambar peribadi di laman sosial bukan lagi isu baru sebaliknya pernah dibangkitkan menerusi perbincangan keselamatan siber.

Masalah eksploitasi gambar peribadi di laman sosial bukan lagi isu baru sebaliknya pernah dibangkitkan menerusi perbincangan keselamatan siber. – CF Fong

Pengguna laman sosial yang ingin menyemak sama ada imej mereka dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab boleh melakukan semakan dengan menggunakan imej enjin carian.

Pakar Keselamatan Siber yang juga Pengarah Syarikat LE Global Sdn Bhd Fong Choong Fook berkata,
pengguna boleh menyemak imej menerusi mana-mana enjin carian seperti Google, Yahoo atau sebagainya.

“Ini antara kaedah melihat sama ada gambar peribadi pernah dipaparkan, digunakan atau diiklankan di mana-mana platform media sosial seperti Facebook. Bagaimanapun, carian imej ini bukan 100 peratus berkesan, adakalanya pengguna media sosial tidak akan menjumpai imej mereka kerana carian bentuk ini mempunyai halangannya tersendiri,” katanya.

Semalam, akhbar ini mendedahkan ahli perniagaan menjadi mangsa sindiket penipuan yang menggunakan wajahnya menerusi akaun Facebook (FB) untuk melakukan penipuan di beberapa negara membabitkan jumlah kerugian RM1.2 juta.

Beliau berkata, sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan atau melaksanakan langkah pengawalan memandangkan jumlah data yang terlalu banyak di Internet termasuk media sosial.

“Semakan imej menerusi enjin carian itu hanya sebagai satu daripada kaedah yang boleh digunakan pengguna untuk melihat sama ada gambar mereka digunakan pihak tertentu.

“Menerusi kempen dan seminar yang dianjurkan, saya sering mengingatkan kepada pengguna media sosial agar tidak terlalu ghairah berkongsi imej peribadi.

“Pengguna laman sosial seperti individu yang mempunyai 2,000 akaun Facebook itu bukan mangsa pertama, sebaliknya wujud beberapa kes sebelum ini yang pernah dilaporkan dan dirujuk kepada kami berhubung masalah sama,” katanya.

Menurutnya, sebagai langkah keselamatan, pengguna laman sosial yang mengetahui imej mereka dieksploitasi perlu membuat laporan polis dan mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Secara asasnya, masalah penggunaan gambar peribadi untuk tujuan tertentu sukar dikawal. Sesiapa saja boleh ‘mencuri’ gambar seseorang dan menggunakannya untuk tujuan jenayah,” katanya.

Berita Selanjutnya : pressreader

 

Berita-berita menarik mengenai LGMS boleh didapati di pautan berikut:

No security breach during MY domain glitch
LGMS News: IT Expert Advise Caution
School examination analysis system has taken down by Education Ministry
Data protection, Microsoft shares precious GDPR compliance insights